Showing posts with label sudut renungan. Show all posts
Showing posts with label sudut renungan. Show all posts

Thursday, October 01, 2009

putus cinta???

hahaha..bg kontroversi lg tajuk en3 ku..
biar ct-k berdebar2 2 juta kali time tgk title post aku ni..kuikui~

teda kaitan ngn aku..saja jak mo kongsi pada siapa2 yg membaca..
so..jgn simpati ngn aku k..
belum ada cinta camana mo putus ni..
kesimpulannya baek cinta pas kawin
(mo suruh bapa ku cari la..hehe)
k..selamat membaca pada yg singgah..huhu~


Seseorang yang putus cinta biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam.
Ada yang termenung dan
terkenang si dia yang telah pergi.
Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.


Hati pasti tidak akan tenteram,
ingatan silam pasti akan kembali,
kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi.
Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua.
Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.


Yang pasti, hati akan resah gelisah.
Pelajaran seorang pelajar akan mundur,
produktiviti seorang pekerja akan menurun.
Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu.

Namun yang paling malang ,
apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan.
Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.


Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati.

Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28,

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”


Zikrullah bermaksud mengingati Allah.
Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr.
Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat,
seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.


Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir.

Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat,
sama ada secara lisan atau di dalam hati.

Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar,
zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.


Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata,

“zikir yang paling utama adalah (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan (segala pujian bagi Allah).”


[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.
Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan,
“ Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah
’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’

[2] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.

[3] Jika disenaraikan jenis-jenis zikir, artikel ini akan menjadi begitu panjang sehingga mungkin terbentuk laman web baru yang mengkhususkan tentang zikir. Namun, memadailah seperti apa yang telah dipaparkan sebagai amalan.

"Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah."

Wallahu’alam.

Friday, September 18, 2009

wanita oh wanita~

Sekadar renungan.... .........

Menurut majalah MANAR ISLAM,
pada suatu hari,
seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup
masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk
menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.
Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal
dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala
yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari
pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu
dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada
seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.
"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang
baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta
agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu
berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa
pandangan liar kaum lelaki...."
nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat
bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh
gadis itu dengan jawapan mengejek.
"Siapalah kamu
hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci
syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang
menentukan aku bakal berada
di syurga atau neraka?"
Setelah menghamburkan
kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua
itu gadis itu tertawa mengejek panjang.
Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon
bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan
kata kata yang lebih dahsyat.
"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan
sebuah bilik di neraka
jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa
berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia
sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu
biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan
dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak
sama dengan perilakunya yang buruk.
Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang
menggelengkan kepala kebingungan.
Semua yang didalam bas tidak menghiraukan gadis
yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum
hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya
kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan
lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun
tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati
tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas
termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya
tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba
orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik
kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu
telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang
tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan
berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis
itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera
berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi
sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh
menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.
Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua
tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga
kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan
hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan
menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi
menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.
Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka
dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah
itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan
pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim
sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan
hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan
mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi
dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang
tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya
adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina
Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita
boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap
akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang
akan menentukan bila kita akan kembali ke alam
barzakh.
Janganlah menjadi orang yang bodoh,
siapakah orang yang bodoh itu?
Mereka itulah
orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin.
pabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan
bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di
sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah,
dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang
yang di lakar oleh majikan
anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah
undang-undang negara anda.

Begitu taksub sekali
anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu
prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.
Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga
tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal
oleh yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga
Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara
yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka
bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah
sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar
dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'

Thursday, September 17, 2009

aku heran betol lah...!!

assalamualaikum..
en3 kali ni aku emosi..

biarlah korng nak kata apa..

tp aku mmg emosi ni..

kenapa?

huhu..td aku kuar jap..
tau apa yg ku tgk?
ada la sorng awek ni..
pakai tudung..
tp mcm xpakai tudung..

apakah maksud nya betudung mcm tu?

pendek smcam..
yg blkg tededah..yg depan lagi la..

tu yg aku heran..
skrg ni org betudung skadar fesyen ka?
bukan sebab nak tutup aurat..??

sekadar nak kongsi..
dalam kitab suci al-Quran ada menyebut..


 "Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah
mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya,
dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali
yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka
menutupkan kain kerudung ke dadanya, ..."
(Q.s. An-Nuur: 31).




ayat ni jelas dan terang menyebut..

bertudung itu perlu menutup bahagian dada..
bukan utk menunjuk2..

ada juga org ckp kt aku..

'ok la tu..betudung juga dia'

amboi..ingat perintah Allah tu tuk permainan ka..
kalo DIA suh tutup smpai bahagian dada tu.tutup la..

ini masih jugak mo main2 kan perintah Allah..
ko tu sapa ar??


yg ni mmg xbley blah..menyampas tul..
 
itu belum cita lg..

yg betudung tp nipis..
nmpak suma leher2 segala..
perhatian ya pada aweks d luar sana..
skrg ni ada jual inner tudung..

kalo rasa tudung tu tipis..pakai la inner..
teda hal ba tu..


time aku jd pengawas d sekolah dulu..
mmg pmpuan2 yg sosial mmg anti ngn aku la..
yala..

betudung tp pendek..
makin pendek makin la tu dia suka..
pastu xpakai skarf plak tu..aish..paling ku pantang ni..

mmg setiap masa ku ceramah..

tgk muka ku jak cnfirm lari la budak2 tu..


skrg ramai yg suka betudung camni..macam taaaaaaa....huhu..


sekali d U ni..

lagilah..mcm2 jenis n pesyen tudung aku tgk..
tidak salah mo brfesyen..
tp janganlah yg menyalahi syarak..

aku pun bukan nya betudung labuh..

tp tutup la mana2 yg perlu d tutup..

apa jugak mo d tunjuk kan..

x malu ka..aish..


Saturday, July 11, 2009

HADIS HADIS PALSU BULAN REJAB

HADIS-HADIS PALSU BULAN REJAB

oleh Muhammad Isa Al-Jambuli (muhdisa@t...)

Berikut adalah kumpulan hadis tentang bulan Rejab yang tergolong dalam kategori hadis maudhu' (palsu) / bathil (sesat) / bukan hadis :

1. Di dalam syurga adalah sebuah sungai dinamakan Rejab, airnya terlebih putih daripada susu dan rasanya terlebih lazat daripada madu, barang siapa puasa satu hari daripada bulan Rejab nescaya diberi minum akan dia oleh Allah daripada air sungai itu. [bukan hadis. kata zuhbi : hadis bathil]*.


2. Kelebihan bulan Rejab di atas segala bulan itu seperti kelebihan qur`an di atas segala perkataan dan kelebihan bulan sya'aban di atas segala bulan itu seperti kelebihanku di atas segala nabi, dan kelebihan bulan ramadhan itu seperti kelebihan Allah atas segala hambanya. [kata ibnu hajar : hadis maudhu']*.


3. Barangsiapa sembahyang kemudian daripada maghrib awal malam daripada bulan Rejab sebanyak 20 rakaat nescaya lalu ia di atas shirat dengan tidak berhisab-hisab lagi. [hadis bathil]*.


4. Pada permulaan malam bulan Rejab, lakukanlah sembahyang 20 rakaat dengan membaca surah al-ikhlas satu kali. [hadis maudhu']**.


5. Berpuasa sehari dalam bulan Rejab dan mengerjakan sembahyang 4 rakaat pada hari itu, pada rakaat pertama membaca ayat kursiy 100 kali, pada rakaat kedua membaca surah al-ikhlas 100 kali. [hadis maudhu']**.


6. Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang maghrib pada permulaan bulan Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah al-fatihah dan qul huwallahu ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salam pada sembahyang ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaran (balasannya)? [al-jauzaqanniy: hadis maudhu']**.


7. Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang pada malam nisfu Rejab 14 rakaat dengan membaca alhamdu satu kali pada tiap-tiap rakaat, qul huawallah ahad 20 kali, qul a'uzu birabbil-falaq 3 kali, qul a'uzu birabbil-nas 3 kali kemudian apabila dia telah selesai sembahyang hendaklah bersalawat atasku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid, bertakbir dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutus kepadanya 1,000 malaikat. [hadis maudhu']**.


8. Barang siapa yang menghidupkan satu malam dari bulan Rejab dab berpuasa sehari maka Allah akan memberi makan kepadanya dari buah-buahan. [hadis maudhu']**.


9. Barangsiapa berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan. dan barangsiapa berpuasa 7 hari pada bulan Rejab, maka Allah akan tutupkan daripadanya 7 buah pintu daripada pintu-pintu api neraka. dan barangsiapa berpuasa 8 hari pada bulan Rejab, maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu Rejab setengah bulan, maka dia akan dihisab dengan hisab yang sangat mudah. [hadis maudhu']**.


10. Barangsiapa berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan sembahyang malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari kiamat dalam keadaan aman dan dia berjalan di atas shirat dengan keadaan tahlil dan bertakbir. [hadis maudhu']**.


11. Barangsiapa menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan sembahyang malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah akan memberi makan kepadanya dari buah-buahan syurga. [hadis maudhu']**.



Friday, July 10, 2009

~KePadA wANiTA caNtiK~

Kepada Wanita Cantik ......

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya

"Mengapa ibu menangis?"

"Karena aku seorang wanita",

kata si ibu kepada anaknya..

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.


Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
" Dan kau tak akan pernah mengerti"


Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan",

hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia berhubung dengan Tuhan, dan ia bertanya,

"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Tuhan berkata:


" Ketika Aku menciptakan seorang wanita,

ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.

Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam

untuk mampu melahirkan anak dan

menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan

untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan

dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan

untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,
bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan

untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya

dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya

untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan

untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik
takkan pernah menyakiti isterinya,

tetapi kadang menguji kekuatannya

dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "
" Dan akhirnya,

Aku memberinya air mata untuk diteteskan.
Ini adalah khusus miliknya

untuk digunakan pada waktu bila pun ia diperlukan."




"Kau tahu:


Kecantikan seorang wanita

bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,

susuk badan yang ditampilkan,

atau bilamana ia menyisirkan rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita

harus dilihat dari matanya,

karena itulah pintu hatinya -
tempat dimana cinta itu ada."



Kirimkan ini

kepada setiap wanita cantik

yang Anda kenal hari ini

untuk memperingati

Bulan Sejarah Wanita.
Jika Anda lakukan,
Anda akan menambah
harga diri wanita!

Karena

setiap Wanita itu Cantik.
Kirimkan juga kepada setiap lelaki

agar sentiasa dapat menghormati wanita,

siapapun mereka

ibu,isteri,kekasih,kakak,adik
dan bahkan wanita yg tidak ia kenal

yg kebetulan berada didekatnya..

#
just received this email from ain
#
rather than send it by email, i choose just to copy it here..more easy..
#thanks mom!! u r a great woman after all...syg mama sgt2..huwaa...rindunyaaaaaaaaaaaaa......

Wednesday, May 06, 2009

jum kawal marah!

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya.

Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya.

Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita.

Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan ” Inna lillahi wainna lillahi raji’un.”.

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : ” Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.”

“Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman” Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu.” Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim” Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah.

Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya.

Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia “tuan” kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa “ketuanan” kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

  • (1) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
  • (2) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.
  • (3) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
  • (4) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
  • (5) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.
  • (6) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
  • (7) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
  • (8) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
  • (9) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi.

Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.

Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan.

Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

marah marah marah

Apabila anda hendak marah…saya sarankan anda ingat kisah “PAKU DI DINDING” ini.

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.
“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini,
bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja,
pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali
paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.
Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata
‘”Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan
lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan
sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan
sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal
atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.
Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal”’.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa
membuka hatinya kepada kita .

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang
di dinding hati anda.

artikel asal: pakarhowto

Wednesday, April 29, 2009

aku jumpa blog best!!!

huhu..
skrg da kul 4.50am..
tp aku belum tido lg..
stil study prob n stat smbil rewang2 d blog org..
td aku p stabux..konon2 study ngn matt..tp aku xstudy subjek aku pon..
syok bincang sal faraid suma..
pembahagian harta la..
aku phm gak la..
best subjek ni..
kalo aku masuk kelas ni..
mmg aku fokus habis la..
sebab ada matematik kot..
hahaha..
muka matematik da aku neh..
tp ni subjek tuk budak AI jak..
fiqh mawarith..
bertuahnya mereka..
ilmu tu terus dpt..
xpyh tekial2 cam aku ni..
kalo nak tau benda tu..
kena cari buku gak..kalo rajin..
xpun sembang2 ngn kwn yg amek subjek ni..
pastu belek2 maklumat kt internet..
maka dpt la ilmu tu..
sebab aku mmg suka ilmu2 cam ni..
xguna jd muslim kalo benda basic pun xtau..huhu
tp..ada jugak makhluk Allah yg xbesukur sebab dpt course pendidikan islam..
napa ek..
bengong betul org tu..
sori la pada yg terasa..hekhek

adui..kuar tajuk aku ni..
td aku rewang2 kt internet..
aku jumpa blog ni..
blog kereta mayat..
huh..
best siot..
selamba jak cara dia bedakwah..
mmg follow dr awal en3 smpai abes..
dia xskema cam ustaz2 lain..
besa2 jak..
tp isi yg dia smpai kan tu..
mmg masuk ke jantung la..
sentap..makan dalam..pecah hati..
peringatan yg menginsafkan..
jum sama2 kunjungi blog beliau..
link ada kt blog d hearty ku tu..
klik jak sana ar...
mmg xrugi..
best!!
serang blog kereta mayat tuk ilmu2 yg xpenah habes tuk d terokai..
kalo kita rasa kita da tahu semua..
ada byk lg yg kita xtau..
ilmu yg kita ada ni..
kalo nak banding ngn setitis air d lautan tu..
belum cukup lg..
betapa besar n byk nya ilmu Allah..
Subhanallah..

wassalam..

#sesi menginsapkan diri sendiri d pagi yg hening ni..huhu..

Wednesday, April 08, 2009

::untuk bakal guru sekalian::

cakap biar terang!!


Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..(advance organizer la kunun2 nya ni..hehe)

“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…

Pengajaran : Cakap biar terang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee…



pesanan untuk bakal guru: x salah kalo kita nak guna pelbagai kaedah atau teknik dlm pengajaran..malah itu la yg kita belajar dlm kelas2 education kita skrg ni..tp perlu di ingat, kita kena tahu, nilai dan lihat dgn baik kemampuan sasaran kita..yakni pelajar2..mampu ka mereka faham atau ikut teknik2 yg kita gunakan..jika tidak mampu..kita masih boleh mggunakan teknik itu tp kena dimulakan dgn penjelasan yg baik..atau dlm psikologi nya..law of readiness..pelajar2 perlu bersedia sekurang2 nya dgn sedikit pngtahuan supaya kepuasan pembelajaran dpat d capai..set in mind..our student know nothing about what we r going 2 teach..jgn letak kan diri anda pada situasi pljr..ya..mungkin ada yg gifted student..tp kita kena consider jugak yg slowlearners..kita x bleh trus pegi k tahap yg lebih tinggi hanya kerana ada 1 atau 2 plajar yg intelligence(cerdas)..d cni..teknik vygotsky atau teori vygotsky amat2 la sesuai d gunakan..d mana vygotsky proposed that knowledge gain or obtain by social situation..here we can see clearly dat communication among students is very important to transfer the knowledge..the gifted student can teach what they understand to the slowlearners..okay..aku stat sda menaip omputih ni..kang melalut2 plak..apa yg aku cuba ckp kat cni ialah..there are a lot of theories or techniques of teaching we can use in classroom..kita tidak terbatas dgn hanya satu2 teori..yg paling penting sebagai guru..kaji kemampuan pelajar anda..fahami pelajar anda..dan yg paling penting..manage ur emotion wisely..
huhu..byk nya ilmu aku dpt dr kelas psikologi ni..tima kasih Dr ananda..even ni la kelas plg scary this sem..tp aku sungguh enjoy..ilmu betimbun2 aku dpt..terasa la diri akan menjadi seorang guru..hehe..

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP