wanita oh wanita~
Sekadar renungan.... .........
Menurut majalah MANAR ISLAM,
pada suatu hari,
seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup
masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk
menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.
Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal
dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
tersebut sangat menjolok mata.
Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala
yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari
pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu
dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada
seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.
"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang
baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta
agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu
berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa
pandangan liar kaum lelaki...."
nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat
bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh
gadis itu dengan jawapan mengejek.
"Siapalah kamu
hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci
syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang
menentukan aku bakal berada
di syurga atau neraka?"
Setelah menghamburkan
kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua
itu gadis itu tertawa mengejek panjang.
Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon
bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan
kata kata yang lebih dahsyat.
"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan
sebuah bilik di neraka
jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa
berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia
sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu
biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan
dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak
sama dengan perilakunya yang buruk.
Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang
menggelengkan kepala kebingungan.
Semua yang didalam bas tidak menghiraukan gadis
yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum
hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya
kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan
lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun
tiba perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati
tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas
termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya
tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba
orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik
kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu
telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang
tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan
berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis
itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera
berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi
sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh
menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.
Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua
tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga
kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan
hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan
menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi
menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.
Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka
dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah
itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan
pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim
sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan
hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan
mempersendakan atau ejekan.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi
dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang
tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya
adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina
Allah, pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita
boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap
akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang
akan menentukan bila kita akan kembali ke alam
barzakh.
Janganlah menjadi orang yang bodoh,
siapakah orang yang bodoh itu?
Mereka itulah
orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin.
pabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan
bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di
sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah,
dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang
yang di lakar oleh majikan
anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah
undang-undang negara anda.
Begitu taksub sekali
anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu
prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.
Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga
tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal
oleh yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga
Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara
yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka
bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah
sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar
dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.
*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'
0 ulasan:
Post a Comment