Saturday, March 21, 2009

7 kesalahan ketika berdiet


1. Mengelak kan makanan penting

Melewatkan atau mengurangkan pengambilan makanan merupakan kesalahan yg sering d lakukan oleh individu berdiet. Golongan ini sering mengelakkan pengambilan sarapan pagi dan makan malam. Ini menyebabkan tenaga di perlukan tubuh berkurangan. Sekaligus akan menyebabkan anda mengambil makanan yg mengandungi lemak dan gula secara berlebihan ketika lapar.


2. Terlalu menghadkan makanan tertentu

Diet yang menghalang anda daripada mengambil karbohidrat atau lemak dan hanya boleh mengambil buah atau sayur sebenarnya tidak baik untuk kesihatan anda. Tubuh memrlukan vitamin dan mineral yg mencukupi terutamanya d usia remaja. Oleh itu, pengambilan makanan seimbang sama ada karbohidrat, lemak, protein dan sebagainya amat penting.


3. Pengambilan kalori terlalu rendah

Tubuh wanita memerlukan sekitar 2000 kalori setiap hari dan lelaki 2500 kalori. Jika pengambilan kalori berada di paras bawah daripada jumlah diperlukan tubuh,maka ia boleh mendatangkan masalah pada diri anda. Ia boleh menyebabkan metabolisme tubuh menjadi rendah dan mengalami anemia.


4. Tidak berolahraga

Ingin kurus namun malas untuk melakukan sebarang olahraga mahupun senaman merupakan kesalahan yang tidak patut berlaku.


5. Salad bersama mayones.

Salad merupakan makanan yg baik untuk kesihatan. Namun, pengambilan bersama mayones bukan la amalan yg baik..

Kandungan lemak yang tinggi akan menjejaskan program diet anda.


6. Menolak susu.

Susu merupakan minuman yang terbaik untuk kesihatan. Anda boleh memilih susu rendah lemak berkalsium tinggi sebagai menu wajib setiap hari.


7. Berat turun drastik

Penurunan berat dlm masa singkat secara drastik tidak baik untuk tubuh. Ia dikhuatiri akan mendatangkan masalah kesihatan seperti komplikasi hati atau ginjal kerana badan terpaksa bekerja keras untuk mnggantikan glukosa yang hilang dalam darah.

0 ulasan:

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP