Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya
assalamualaikum..
seorang sahabat yg forward cita ni dalam emel. aku baca dan rasa tersentuh sgt. betapa kerdil dan teruk nya aku jika d bandingkan dgn hamba Allah dalam cite ni. rasa terlalu byk yg kurang dlm diriku ini sbg anak kepada mak & bapa ku..sebab tu aku rasa elok jika aku kongsi cita ini d cni..biar kita sama2 saling mengingati..biar kita sedar dan insaf, yg kita x akan ada d dunia ini jika tanpa mak ayah kita..
mak, bapa..
aku syg kamu..
ampunkan semua dosa anak mu ini..
sama ada sedar atau tidak..
mmm..ikuti la cite ni ek..
Sebagai renungan untuk kita bersama...
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus
dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa
akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan
bercakap dengan Allah.
Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga.
Itulah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah,
siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta
tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit
Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu.
Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga
Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau
berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam
beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik
dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar
sambil membawa eekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat.
Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik
dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi
itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar
semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa
pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga
dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan
dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke
bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai
saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu
iaitu agama Islam. " Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak
boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu
adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang
besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh
rupanya.
Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan
Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak.
Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba
lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap
melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku
bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang
sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah
pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.
'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di
Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya
yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu
Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah
berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya.
Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah
Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus
dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga.
Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya.
Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi.
Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu
bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih
sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga
bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah
S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat
tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa
di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui
hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya
ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang
terbaik di sisi Allah.
wallahualam..
jumpa lagi d next n3..
0 ulasan:
Post a Comment